ASSALAMUALAIKUM..
HOBBY MENANAM SAYA TERPAKSA TANGGUHKAN DAHULU KERANA KETIDAKCUKUPAN MASA. APAKAN DAYA MY 2 LITTLE BOY REALLY MAKES ME HAVE NO TIME FOR GARDENING...JADI, PENULISAN BLOG INI JUGA SETAKAT INI SAHAJA LAH YE. SEBELUM INI DAH BANYAK AMBIL FOTO BENIH2 YANG DAH TUMBUH DAN DAH DITUAI, TP HANDPHONE PULAK HILANG..SEBAB TU LAH BEGITU LAMA BLOG INI TAK DI UPDATE.
OK LAH, SEHINGGA TAK TAU BILA PULAK YER NAK MULA MENANAM LAGI. MAYBE TUNGGU ANAK2 DAH BESAR SEDIKIT.
Sunday, September 15, 2013
Saturday, April 27, 2013
Tuesday, April 23, 2013
Tanam Bawang
Cara-cara menanam bawang ni sy dapat maklumat daripada Blog Tanam Sendiri. Caranya adalah ambil beberapa biji bawang. Kupas kulit luarnya. Potong sedikit bahagian atasnya (untuk memudahkan pertumbuhan). Kemudian masukkan dalam medium penanaman seperti dalam pasu/bekas/ atau atas tanah. Tanam bawang tersebut dengan hampir kesemua bawang di dalam tanah. 3 hari selepas itu kita boleh lihat daun bawang telah mula tumbuh.
Biasanya daun bawang boleh dipotong untuk digunakan selepas dua minggu. Daun bawang biasanya kita taburkan dalam masakan seperti mee, mihun dan sebagainya. Ia juga menyedapkan cekodok jika dibubuh dalam bancuhan cekodok.Menurut blog Tanam Sendiri, selain dari daun, bunga, tangkai bunga dan bebawang boleh dimakan. Bawang sedia untuk dituai apabila daun mula menjadi layu, kuning atau bawang mula berbunga. Kebiasaannya, jika anda tuai daun, anda boleh tuai daun sebanyak 3 kali sebelum kualiti daun menurun.

Bawang hari pertama ditanam. |
Selepas 3 hari |
Sunday, April 21, 2013
Tips Berkebun
TIPS MENGHINDAR SIPUT
Kumpulkan kulit telur yang telah digunakan. Bersihkan dan hancurkan. Kemudian tabur di atas tanah tanaman kita. InsyaAllah siput tidak datang.
Sumber daripada http://www.facebook.com/jomtanamsendiri
Kumpulkan kulit telur yang telah digunakan. Bersihkan dan hancurkan. Kemudian tabur di atas tanah tanaman kita. InsyaAllah siput tidak datang.
Sumber daripada http://www.facebook.com/jomtanamsendiri
Friday, April 19, 2013
Biji Benih
Hari ni nak paparkan gambar beberapa biji benih yang sempat saya ambil gambarnya ( masa rajin ade la gambar ).
Benih ulam raja |
Benih terung panjang ungu. Hampir sama dengan benih cili kan. |
Benih tomato. Saya ambil daripada tomato yang dibeli dan keringkan atas kertas. |
Tuaian Pertama Kunyit
Kunyit |
Ini dia kunyit pertama yang dituai dari kebun di belakang rumah setelah lebih kurang 5 bulan ditanam. Alhamdulillah, tak rugi menanam sendiri ni. Daunnya memang da banyak kali sangat dituai. Selalunya daun kunyit ni saya buat balut pais ikan ataupun letak dalam rendang.
Thursday, April 18, 2013
Kailan
Ini juga adalah percubaan pertama menanam kailan di rumah. Cara saya
menanam kailan adalah dengan menyemai bijih benih dan alihkan ke pasu
yang lebih besar.
Sawi Bunga
Assalamualaikum wbt.
Hari ni nak menulis tentang percubaan
pertama saya menanam sawi bunga. Benihnya saya beli di kedai cina di
sini dengan harga sepeket 50 sen sahaja. Berapa bijinya tidaklah pulak
saya ketahui.
Benihnya telah saya semai pada 6 hari yang
lalu di dalam pasu semaian dan disiram pagi dan petang. Gambar di bawah
adalah setelah pokok sawi disemai 6 hari. Hari ini saya mengalihkan
anak-anak sawi tersebut ke dalam bekas polisteren. Hm, tak sabar rasanya
nak melihat perkembangan anak-anak sawi ini dan memakan hasil pertama
tanaman sawi.
Tarikh semai : 8 April 2013
Anak pokok dalam gambar adalah pada 15 April 2013
Anak sawi dimakan siput
Hari ni nak update sikit tentang percubaan menanam sawi ni. Semalam saya lihat satu pasu kecil yang mengandungi anak-anak pokok sawi telah tinggal batang sahaja. Semua daun telah tiada. Setelah diperhatikan saya dapati ada beberapa siput kecil. Sedihnya hati ini.
Biji Benih Ulam Raja
Entri kali ni saya adalah tentang benih ulam raja. Biji benih ulam
pokok ulam raja boleh diperolehi setelah pokok ulam raja berbunga dan
bunganya layu. Bunga yang telah kering menghasilkan biji benih seperti
yang dipaparkan di gambar. Cara untuk menanam ulam raja sangat mudah
iaitu hanya menaburkan sahaja benih ke atas tanah. Ia juga sesuai
ditabur di dalam pasu. Benih ini saya perolehi daripada pokok ulam raja saya yang telah tua. Asalnya saya ambil daripada rumah emak mertua.
Pokok ulam raja sangat mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Jika kita lihat di kampung-kampung, pokok ini banyak yang terbiar begitu sahaja. Ini kerana apabila pokok tua menghasilkan benih, benih yang tidak dikutip akan jatuh dan tumbuh semula.

Tanam Serai
Tarikh tanam : 8 April 2013
Post kali ini tentang menanam serai. Caranya sangat mudah, iaitu ambil sahaja 1-2 batang serai yang kita beli dan cucuk ke dalam tanah. Petua orang tua-tua, kalau menanam serai, jangan tanam banyak-banyak dalam satu perdu, cukup 1 atau 2 batang sahaja kerana ia akan membiak dengan cepat. Jika ditanam banyak batang dalam satu perdu, pokok serainya akan kecil dan tidak gemuk. Itu apa yang orang tua-tua kata. Kebenarannya, kena la buat eksperimen sendiri. Dan ternyata kata orang tua-tua itu betul kerana saya dah buat eksperimen di sekolah (untuk taman herba). Kami menyuruh murid-murid menanam serai dan mereka menanam di satu perdu itu lebih kurang 6-7 batang. Hasilnya beberapa bulan kemudian, serai yang membiak itu batangnya halus dan tidak gemuk. Jadi kesimpulannya percayailah kata orang tua ni kerana mereka dah banyak sangat pengalaman dalam dunia bertani ni.
Ini ialah gambar benih serai yang saya tanam dan cucuk dalam tong cat.

Subscribe to:
Posts (Atom)