Tuesday, April 23, 2013

Tanam Bawang

Cara-cara menanam bawang ni sy dapat maklumat daripada Blog Tanam Sendiri. Caranya adalah ambil beberapa biji bawang. Kupas kulit luarnya. Potong sedikit bahagian atasnya (untuk memudahkan pertumbuhan). Kemudian masukkan dalam medium penanaman seperti dalam  pasu/bekas/ atau atas tanah. Tanam bawang tersebut dengan hampir kesemua bawang di dalam tanah. 3 hari selepas itu kita boleh lihat daun bawang telah mula tumbuh.
Biasanya daun bawang boleh dipotong untuk digunakan selepas dua minggu.  Daun bawang biasanya kita taburkan dalam masakan seperti mee, mihun dan sebagainya. Ia juga menyedapkan cekodok jika dibubuh dalam bancuhan cekodok.Menurut blog Tanam Sendiri, selain dari daun, bunga, tangkai bunga dan bebawang boleh dimakan.  Bawang sedia untuk dituai apabila daun mula menjadi layu, kuning atau bawang mula berbunga.  Kebiasaannya, jika anda tuai daun, anda boleh tuai daun sebanyak 3 kali sebelum kualiti daun menurun.

Bawang hari pertama ditanam.

Selepas 3 hari


No comments:

Post a Comment