Thursday, April 18, 2013

Kailan

Ini juga adalah percubaan pertama menanam kailan di rumah. Cara saya menanam kailan adalah dengan menyemai bijih benih dan alihkan ke pasu yang lebih besar.

Benih kailan yang dibeli di kedai.
Benih kailan yang dibeli di kedai.Setakat ni, semua benih yang beli jenama Green World ni boleh dipercayai. Semua benih tumbuh.

Anak kailan pada hari ke-4. Saya semai dalam bekas recycle aje.
Anak kailan pada hari ke-4. Saya semai dalam bekas recycle aje. Inspirasi daripada page FB Jom Tanam Sendiri


Update 27 April 2013

Sesungghnya menanam sendiri ni memerlukan kesabaran. Dari menyemai nak menunggu benih tumbuh tak la selama mana. Tapi dari benih tumbuh nak tunggu daun ke-3 muncul sangat la menduga kesabaran. Menunggu daun ke-3 tumbuh kerana menurut blog En Iskandar kat blog TanamSendiri.com setelah daun ke-3 muncul barulah boleh dialihkan. Hari ini (setelah 18 hari) barulah daun ke-3 muncul. Tak tahulah disebaabkan tak cukup cahaya kerana saya semai dalam rumah dan bubuh tepi tingkat dapur aje. Atau memang daun ke-3 tumbuh untuk jangka masa sebegitu. Nantila buat eksperimen. lain kali semai kat luar rumah pulak.

No comments:

Post a Comment