Thursday, April 18, 2013

Sawi Bunga

Assalamualaikum wbt.

Hari ni nak menulis tentang percubaan pertama saya menanam sawi bunga. Benihnya saya beli di kedai cina di sini dengan harga sepeket 50 sen sahaja. Berapa bijinya tidaklah pulak saya ketahui.
Benihnya telah saya semai pada 6 hari yang lalu di dalam pasu semaian dan disiram pagi dan petang. Gambar di bawah adalah setelah pokok sawi disemai 6 hari. Hari ini saya mengalihkan anak-anak sawi tersebut ke dalam bekas polisteren. Hm, tak sabar rasanya nak melihat perkembangan anak-anak sawi ini dan memakan hasil pertama tanaman sawi.

Tarikh semai : 8 April 2013

Anak pokok dalam gambar adalah pada 15 April 2013


Anak sawi dimakan siput 

Hari ni nak update sikit tentang percubaan menanam sawi ni. Semalam saya lihat satu pasu kecil yang mengandungi anak-anak pokok sawi telah tinggal batang sahaja. Semua daun telah tiada. Setelah diperhatikan saya dapati ada beberapa siput kecil. Sedihnya hati ini.

No comments:

Post a Comment