Thursday, April 18, 2013

Biji Benih Ulam Raja

Entri kali ni saya adalah tentang benih ulam raja. Biji benih ulam pokok ulam raja boleh diperolehi setelah pokok ulam raja berbunga dan bunganya layu. Bunga yang telah kering menghasilkan biji benih seperti yang dipaparkan di gambar. Cara untuk menanam ulam raja sangat mudah iaitu hanya menaburkan sahaja benih ke atas tanah. Ia juga sesuai ditabur di dalam pasu. Benih ini saya perolehi daripada pokok ulam raja saya yang telah tua. Asalnya saya ambil daripada rumah emak mertua.

Imej
Pokok ulam raja sangat mudah hidup dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Jika kita lihat di kampung-kampung, pokok ini banyak yang terbiar begitu sahaja. Ini kerana apabila pokok tua menghasilkan benih, benih yang tidak dikutip akan jatuh dan tumbuh semula.

Anak Ulam raja setelah seminggu ditabur
Anak Ulam raja setelah seminggu ditabur di atas tanah.

No comments:

Post a Comment