Tarikh tanam : 8 April 2013
Post kali ini tentang menanam serai. Caranya sangat mudah, iaitu
ambil sahaja 1-2 batang serai yang kita beli dan cucuk ke dalam tanah.
Petua orang tua-tua, kalau menanam serai, jangan tanam banyak-banyak
dalam satu perdu, cukup 1 atau 2 batang sahaja kerana ia akan membiak
dengan cepat. Jika ditanam banyak batang dalam satu perdu, pokok
serainya akan kecil dan tidak gemuk. Itu apa yang orang tua-tua kata.
Kebenarannya, kena la buat eksperimen sendiri. Dan ternyata kata orang tua-tua itu betul kerana saya dah buat eksperimen di sekolah (untuk taman herba). Kami menyuruh murid-murid menanam serai dan mereka menanam di satu perdu itu lebih kurang 6-7 batang. Hasilnya beberapa bulan kemudian, serai yang membiak itu batangnya halus dan tidak gemuk. Jadi kesimpulannya percayailah kata orang tua ni kerana mereka dah banyak sangat pengalaman dalam dunia bertani ni.
Ini ialah gambar benih serai yang saya tanam dan cucuk dalam tong cat.
No comments:
Post a Comment